BANGKOK: Ribut tropika "Dianmu" yang mencetuskan banjir di Thailand, kira-kira dua minggu lepas telah menjejaskan hampir 300,000 keluarga dan meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa, menurut pihak berkuasa.
Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi dalam satu kenyataan memaklumkan hujan lebat melanda di 32 wilayah utara, timur laut dan tengah.
Setakat ini, 16 wilayah masih digenangi air termasuk bandar bersejarah Ayutthaya, Chiang Mai, Buriram, Sukhothai, Chaiyaphum, Sing Buri dan Nakhon Ratchasima.
"Banjir itu mengakibatkan sembilan kematian termasuk enam di Lop Buri, dua di Phetchabun dan satu di Chai Nat. Seorang dilaporkan hilang.
"Terdapat 101,500 keluarga di 2,176 kampung masih terjejas akibat banjir," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Thailand memberi amaran kemungkinan berlaku ribut tropika lain yang diramal melanda kawasan timur laut negara, minggu depan.
Selain itu, hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda kawasan tengah, timur dan selatan.
Reuters melaporkan banjir turut menjejaskan lebih 40 kuil di bandar bersejarah Ayutthaya.
Thailand mengalami banjir terburuk pada 2011 yang mengorbankan lebih 800 orang dan menyebabkan kerosakan melebihi 1.5 trilion baht.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 06 2021
Setakat ini, 16 wilayah masih digenangi air termasuk bandar bersejarah Ayutthaya, Chiang Mai, Buriram, Sukhothai, Chaiyaphum, Sing Buri dan Nakhon Ratchasima. - Gambar fail/Twitter @Flood_List
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Banjir di Thailand jejas 300,000 keluarga, ragut sembilan nyawa
Ribut tropika "Dianmu" yang mencetuskan banjir di Thailand, kira-kira dua minggu lepas telah menjejaskan hampir 300,000 keluarga dan meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa, menurut pihak berkuasa.
Thailand berdepan kemungkinan banjir besar
Banjir yang dicetuskan ribut tropika Dianmu melanda 31 wilayah dan menjejaskan lebih 227,000 isi rumah di Thailand, menurut pihak berkuasa.